TIPS PERUT KEMPIS TANPA SENAMAN!

8:30 PM


Perut buncit?? Perut menggeleber??

Mesti stress kan kalo tengok kat cermin yang kita sebagai perempuan ni ada masalah perut buncit especially kalo yang belum kahwin tu...Kalo B2B pulak,mesti seram dan terpikir macam mana la nak pakai baju nikah dan sanding kalo perut pun tak semegah dan secantik Erra Fazira (ehh?? ). 

Kalo yang dah kahwin pulak, mesti rasa tak puas hati sebab mestila nak cantik depan suami kan? Kalo yang baru lepas bersalin & pantang, bila nampak perut kembang je,alamak!! Camana nak kembali cantik macam keadaan sebelum beranak?

So, setiap dari kita mesti ada masalah macam tu kan. Especially kalo kita ni jenis malas nak bersenam. Yela, hari biasa je dah kene kuar pagi untuk ke tempat kerja. Lepas tu, balik ke rumah pun dah nak dekat malam. Hujung minggu pulak nak berehat, nak memasak, nak mengemas, nak bermanja ngan suami (ehh??haha) so bila plak nak bersenam ala2 joging di tepi tasik?Tak payah nak ke tasik sangatla syiraa oiii...

Apa melalut ni?hahaha

Okey, so ada cara lain kalo korang rasa senaman tu leceh.Ada jugak kan dari kita ni yang malas nak bersenam. Nak tau tak? alaaaa.. buat kat atas katil pun bole..sambil tengok tv pun bole buat tau.

SIT UP!!!

Ihsan dari Pak Google



Senaman ni memang fokus pada abdomen perut jee dan bole buatkan perut kita flat dan cantik. Kalo korang buat secara konsisten, Insyallah ukur lilit pinggang tu akan berkurang. Nak atau tak buat jeee... ada berani nak kawal rasa malas??

Tapi lepas dah buat sit up ni pastikan korang jaga jugak pemakanan.Acaner buat sit up pun sikit tapi makan pun macam dah lama tak nampak makanan feberet, tak ke  makin lebar ukur lilit pinggang? At least buatla dalam 2 atau 3 kali sehari especially lepas bangun dari tidur, 3 jam selepas lunch dan sebelum tido. 

At first tu, buat sikit sikit dulu dalam 10 kali. Dah selesa nanti, bole up sikit dalam 20-50 kali turun naik badan bergantung pada kemampuan kita la..

Bila dah baca ni,agak agak macam susah tak?


TAPI ADA CARA YANG LEBIH SENANG DARI SIT UP. Apa tuuu??

Tarik nafas je!!


 ehhh?? eh biar betul?????

Mehh kita cuba :

  1. Kempiskan perut dengan sekempis kempisnya (phewwww.lap peluhhh)
  2. Tahan dalam 10 saat atau lebih ikot pada kemampuan
  3. Kemudian, lepaskan (jangan lepaskan bau lain pulak huuuuhu)
  4. Ulang step atas  sebanyak 8 kali atau lebih.


Bila korang buat steps ni, efeknya sama dengan buat sit up tau.Cuma gerakan tarik nafas tu tak memenatkan.Kalo sit up tu bole buat perut rasa letih jugak kadang kadang.

Cara ni bole dibuat kat mana mana pun. Kat shopping mall pun bole huhuhu. Dan bila bila masa. Lagi kerap lagi bagus untuk nampak kesan yang ketara. yang pasti, KONSISTEN!




TAPI......

Teknik ni berkesan utnuk MENGEMPISKAN PERUT SAHAJA.Kalo korang buncit atau tak puas hati dengan saiz perut memang digalakkan untuk buat cara ni.

Tapi kalo dah badan saiz XL ke atas, better buat cara ni dengan senaman dan ambil pemakanan seimbang.

DAN... kesannya berbeza untuk setiap orang dan kekerapan diamalkan.


Korang jugak bole baca info info tentang Tips Kurus , Punca diet korang tak menjadi , Kesilapan bila bersenam dan Cara nak turunkan berat ...... 

Bila korang dah tau punca punca kenapa berat korang naik, baru korang akan sedar kepentingan senaman dan seangkatan dengannya.






You Might Also Like

1 Pengomen

  1. Tak mustahil boleh kurus tanpa bersenam. Tapi kena makan cara yang betul. Ramai orang ingat cara diorg makan betul padahal tak, sebab tu makin hari berat makin naik. Boleh try baca cara makan kat Sado Street. Tiru bulat2

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::