10 CARA MUDAH UNTUK MENGATASI MASALAH TIDUR ATAU INSOMNIA TANPA GUNA DUIT

9:00 PM

10 CARA MUDAH UNTUK MENGATASI MASALAH TIDUR ATAU INSOMNIA TANPA GUNA DUIT


Penyakit susah nak tidur atau insomnia ni selalu menggangu sesiapa yang sahaja terutamanya bila kita stress atau kerap berfikir masalah dan sebagainya.

Contohnya macam pelajar universiti kan. Selalu stay up lambat kadang kadang hingga subuh untuk siapkan assignment atau menelaah ketika hampir musim peperiksaan. Bila gaya hidup macam tu terbawa bawa hingga ke alam perkerjaan, ia memang mengganggu konsistensi waktu kita untuk bangun pagi.





Banyak kesan masalah insomnia ni pada kesihatan kita sebenarnya. Ingat senang ke nak buang habit bertahun tahun semasa di Universiti dulu? Melainkan korang jenis yang berdisplin dan tahu keburukan insomnia, insyallah habit ni takkan terbawa bawa hingga ke alam pekerjaan dan perkahwinan.

Sya pernah berkongsi mengenai isu insomnia ni dalam post sebelum ni. Antaranya kaitan insomnia dan buah. Apa kaitannya kan? Buah boleh merawat insomnia ke?

Terdapat pelbagai perkara yang boleh mempengaruhi kualiti tidur kita sehari hari. Contohnya, jenis tidur, kuantiti tidur, waktu mengambil makanan, minuman yang diambil dan sebagainya.




Sebenarnya apabila kita makan terlalu banyak sebelum tidur akan membuatkan kita susah nak tidur malam. At least makan 4 jam sebelum nak tidur, itu lebih okey. Lebih mudah badan kita nak hadam makanan jika tempoh makan dan tidur itu dijarakkan. Jika terlalu lapar pada waktu malam, ambil je snek yang mengenyangkan contohnya buah buahan, salad dan sebagainya.

Selain tu, konsistensi dalam bersenam dan persekitaran tempat tidur juga mempengaruhi kualiti tidur kita. PAstikan kita tukar cadar seminggu sekali dan kerapkan bersenam pada waktu petang atau hujung minggu.


Ada beberapa cara untuk mengatasi asalah tidur atau insomnia ni. 


10 CARA MUDAH UNTUK MENGATASI MASALAH TIDUR ATAU INSOMNIA




  • SENAMAN ATAU AKTIVITI FIZIKAL YANG KONSISTEN

Kita digalakkan untuk aktif pada waktu petang dengan senaman ringkas seperti berjoging, bermain dengan anak-anak, berjalan kaki di taman atau berkebun. Lagipun, dengan aktiviti sebegini, ia akan membuatkan kesihatan kita lebih optimum hingga dapat melawan tekanan yang datang dengan lebih baik dan tenang. Aktif pada waktu petang juga mampu buatkan kita mudah tidur pada waktu malam akibat kepenatan.

  • SUASANA TEMPAT TIDUR YANG SEJUK MATA MEMANDANG

Yang ni memang kena jaga. Jika kita rasa susah nak tidur, cuba bersihkan kawasan tidur kita dulu dan jadikan ia lebih damai di mata (chewahhh).Pastu, guna lampu yang sedikit malap untuk buatkan kita mudah untuk tidur.Jauhkan diri dengan jam meja yang adakalanya berbunyi serta buatkan kita mudah berfikir tentang kuantiti waktu tidur kita yang mungkin makin singkat.

  • ELAKKAN MAKAN ATAU MINUM TERLALU BANYAK

Elakkan untuk makan atau minum terlalu banyak sebelum nak masuk tidur. Ini akan buatkan kita tak selesa dan kerap nak bangun untuk membuang air kecil. Makanan yang diambil dengan banyak akan lambat dihadam oleh perut dan akibatnya perut akan berkerja lebih keras untuk mencerna makanan. Inilah puncanya waktu tidur kita mudah sangat terganggu.

  • JAUHKAN DARI KAFEIN, COKLAT & COLA SERTA ROKOK

Minuman berkafein akan merangsang otak dan saraf kita hingga menyukarkan kita untuk tidur dengan lena. Begitu juga dengan minuman cola serta coklat yang melajukan adrenalin kita. Manakala rokok mengandungi nikotin yang menjadi alat perangsang seperti kafein. Ia akan membuatkan kita lebih mudah berasa segar dan sekaligus mengganggu waktu tidur kita.

  • MAKAN SNEK RINGAN JIKA LAPAR

Haha ni tak boleh nak elak jika kita tetiba rasa lapar sedangkan dah nak masuk tidur! Lapar ke tu? Cara mudah untuk elak rasa lapar sebelum tidur adalah ambil snek ringan seperti oat atau buah dan yang paling senand adalah minum susu!

  • MANDI AIR SUAM

Mandi air suam selama 30 minit atau sejam sebelum tidur memberi perangsang untuk kita mudah lena. Ia juga sedikit sebanyak membantu  mengurangkan ketegangan dan kepenatan tubuh badan yang bekerja sepanjang hari.

  • BILIK TIDUR HANYA UNTUK TIDUR!

Kita selalu buat macam macam aktiviti kan sebelum nak tidur? Contohnya baca buku, dengar radio, guna komputer dan sebagainya. Ada sesetengah orang mampu kawal waktu tidur dia, macam  Sya la. Kalau buku tu boring, memang senang nak terlelap. hehehBila kita biasakan diri bilik tidur hanya untuk tidur, ia akan memberi signal pada otak untuk terus tidur apabila berada di atas katil.

  • TENANGKAN FIKIRAN

Cuba jauhkan diri untuk berfikir segala masalah sebelum tidur. Relax. Bila fikiran tenang, ia mudah buatkan kita senang tidur.

  • BANGUN TIDUR DAN TIDUR SECARA KONSISTEN

Cuba untuk konsisten waktu bangun pagi dan waktu tidur sehari-hari. BIla kita dah biasa sebegitu, mudah untuk kita kawal kualiti tidur kita. Ia akan jadi susah bila kita bangun dan tidur dengan tak menentu tauuu...

  • PALING PENTING>>> BERZIKIR SEBELUM MASUK TIDUR

Cara paling baik dan dianjurkan oleh agama kita. Amalkan membaca zikir tanpa putus sebelum masuk tidur,sebaiknya 30 minit atau sebelum nak tidur. Dan juga doa tidur, ayat kursi serta surah 4 QUL agar tidur kita jadi mudah dan tidak terganggu.

.
.

Apa jadi kalau kita memang peminat NO.1 insomnia ni???





Jadi, buat sesiapa yang sukar tidur dan ada simptom insomnia, meh la ikut tips simple ni. Insyallah usaha tangga kejayaan. Yang penting kene disiplinkan diri tuu..

Bye! :)



Sumber : 
http://www2.hmetro.com.my/articles/Elakinsomnia/Article/
MW October 2009



www.bysyiraishak.blogspot.com


You Might Also Like

6 Pengomen

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::