8 TIPS KURUSKAN BADAN DAN KEKAL SIHAT SEMASA HARI RAYA SUPAYA TAK RAMAI YANG MENGATA

9:00 PM

Hai, tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua blogger atau pembaca.Walaupun tinggal beberapa hari lagi untuk menuju penghujung Syawal, tapi tak mematahkan niat kita untuk mengunjungi sanak saudara dan juga rakan.


Credit

Dengan pelbagai juadah sedap sedap depan mata masa bulan Syawal ni, kemungkinan berat badan nak naik tu sangat tinggi kan?

Credit

Dalam hati dah janji nak kuruskan badan semasa puasa. Tapi, kalau masa raya tak kontrol pemakanan, habislah usaha nak kuruskan badan tu. Bukan setakat kurus, kita juga harapkan kesihatan badan kita dalam keadaan terkawal supaya tidak mengalami masalah pencernaan seperti sembeli dan cirit birit.

Jadi, dalam mengekalkan berat badan dan kesihatan badan yang sihat, kita perlu berhati-hati dalam memilih makanan yang diambil.

8 TIPS KURUSKAN BADAN DAN KEKAL SIHAT SEMASA HARI RAYA SUPAYA TAK RAMAI YANG MENGATA


Credit

  • Pelbagaikan makanan yang diambil

Bila dah ada depan mata pelbagai juadah yang menambat selera, kita juga perlu menimbang tara kandungan nutrisi yang ada pada makanan yang diambil. Contohnya Rumah A kita dah ambil makanan yang dimasak menggunakan santan, Rumah B pula kita cuba untuk ambil juadah lain selain berunsurkan santan. Plus, kita dapat tentukan kalori yang kita ambil supaya tak berlebihan dalam badan.

  • Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit

Misalnya juadah raya tu betul-betul makanan yang kita nak makan plus punyalah lama teringin nak makan then nampak pula di rumah terbuka, mesti teringin nak makan banyak kan?

Boleh je ambil tapi cuba terhadkan pada kuantiti yang sedikit untuk setiap hidanganyang diambil. Nak lagi mudah, guna pinggan atau mangkuk yang kecil untuk mengelakkan kita mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.

  • Kunyah makanan dengan perlahan-lahan

Ni satu tips supaya kita cepat kenyang dan dapat mengelakkan lebihan gas dalam perut. Nak lagi perlahan, fokuskan pada tuan rumah atau berborak dengan tetamu lain jadi kita kurang untuk ambil dan makan dengan banyak.

  • Berhenti sebelum kenyang

Sunnah nabi ni. Try motivate diri supaya tak ambil makanan buat kali kedua demi nak menjaga  kesihatan badan dan mngekalkan berat badan supaya tak naik mencanak.

  • Cuba elakkan minuman manis

Jika dah ambil minuman manis, cuba untuk neutralkan kemanisan tu dengan meminum air masak. Sekurang-kurangnya, badan kita tak dehidrasi dan kandungan gula dalan darah tak naik.

  • Hadkan makanan manis atau dessert

Yang ni memang best. Dengan pelbagai jenis kuih, pemanis mulut dan biskut raya memang boleh menggoda ank tekak kita.Jadi, jika nak berat badan still maintain, hadkan ambil makanan manis dengan banyak.

  • Perbanyakkan makanan berserat dalam diet

Semasa di rumah terbuka memang kita juga perlu mengehadkan jumlah kalori yang diambil pada satu hari. Utamakan sayur sayuran dan buah buahan supaya lebih cepat kenyang dan merangsang sistem penghadaman serta mengelakkan sembelit.

  • Bersenam dan buat aktiviti fizikal

Bila dah pergi banyak rumah terbuka, apa kata usahakan diri untuk bersenam atau buat aktiviti fizikal seperti joging, buat kerja rumah atau berjalan kaki di taman. Sekurang-kurangnya dapat juga membakar kalori yang bertimbun dalam badan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Walau apapun, tak semestinya semasa raya kita kena balun semua makanan yang ada depan mata. Biarpun sedap di mata dan tekak, tapi cubalah motivatekan diri untuk dapatkan berat badan yang konsisten atau badan kurus semestinya bukan senang. Senang naik berat, adalah!



www.bysyiraishak.blogspot.com




You Might Also Like

0 Pengomen

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::