FOOD DELIVERY HANYA UNTUK SI PEMALAS YANG TAKNAK DRIVE MEMBELI MAKANAN?

9:30 AM

Siapa setuju?

Hiks.





For me, saya suka food delivery sebab saya bosan nak keluar cari makanan di restoran area Nilai untuk makan tengahari dan makan malam especially bila tengah overtime. Bila overtime, lagi lah tak boleh keluar untuk beli makanan. Pernah dulu saya dan partner order Pizza Hut Delivery semata-mata lapar semasa overtime. Tapi sampai bila kan nak order pizza seminggu sekali. Maunya ranap duit, lagipun pizza dah mahal sekarang :'(

Tapi kan,Serious! Kadang-kadang sampai tak tahu nak makan apa dan nak pergi mana untuk membeli makanan. (padahal tau je kat nilai banyak gerai)

Bukan sebab malas nak drive tau! :)


Apetah lagi bila cuaca panas dan berjerebu sejak beberapa minggu lepas, lagi kerap saya berminat nak order dari insan-insan terpilih yang rajin buat food delivery. Di samping menjaga kesihatan dari terdedah dengan udara yang kurang sihat, kita kenalah support bisnes sesama bumiputra kan?


Lagi satu, food delivery kecil-kecilan ni juga bergantung pada availability mereka untuk menghantar makanan dan juga minimum pack yang pelanggan harus beli. Mungkin lebih berbaloi jika hantar dalam kuantiti yang lebih berbanding 1 pack pada tempat tertentu.



bysyiraishak.blogspot.com

Setakat ni, alhamdulillah. Semua makanan dari food delivery ni memang saya puas hati. Ada juga yang kurang sana sini tapi tetap okey di tekak saya. Harga mungkin ada yang sedikit mahal tapi berbaloi la dengan penat lelah dan minyak kereta nak ke tempat saya ni. Kalau sedap, its worth la pada saya. 


bysyiraishak.blogspot.com

Kadang-kadang tekak ni mengada-ngada sikit. Cuma, kalau ada satu group FB area Nilai yang khusus pada food delivery sahaja kan bagus... Senang nak usha dan senang nak pilih serta beli.


Tak sabar nak order dan order lagi! ;)

Tapi kena tengok bajet dan kalori juga. Maunya gemok lepas ni bila timbang berat.. Aduiduiiduiii..

Lepas ni nak review tentang makanan ni pula..



P/s : Ada lagi makanan yang saya order tapi tak sempat nak snap gambar. Tapi, kalau saya repeat order, maksudnya SEDAP la tu. Ada lagi satu gambar, lupa nak letak. Dimsum feveret saya entah mana gambarnya :')






You Might Also Like

0 Pengomen

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::