RESIPI BROWNIES KEDUT YANG SEDAP & OHSEM! RASA NAK MENANGIS KALAU TAK CUBA!

10:03 PM

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Sehari sebelum raya, saya still bekerja lagi hingga malam.

Tapi, otak ni bukannya ingat kerja pun. Tengah plan apa nak masak esok.

Nak buat muffin, donat atau brownies kedut?

Tapi, sejak dua menjak ni, saya dah try godek godek resipi. Resipi brownies kedut dari Kak Afzan ni jadi pilihan sebab ramai betul yang share dan juga  bagi feedback yang oh-sem! Kalau macam tu, konfem sedap kan?



Harga brownies kedut pun bukannya murah sekarang tapi kalau dapat buat sendiri memang best! Mana tau boleh buat food delivery ke kan ? hiksss

Disebabkan malas nak godek di FB di kemudian hari, saya tempek kat sini supaya mudah untuk dirujuk pada masa depan.

Moga Kak Afzan lebih sukses dengan bisnes dia di masa akan datang bila ramai yang share dan buat resipi ni.. Aminnnn

------------------------------------------------------------------------------------------------
Resipi asal : Afzan Mohd (c&p sebijik dalam resipi beliau)




Bahan 1:

  • 100gram butter suhu bilik(boleh guna buttercup or real butter(csc dll)
  • 100gram gula biasa
  • 90 gram gula perang
  • -2 biji telur

Bahan 2:

  • 40gram dark chocolate button jenama beryls(atau apa2 jenama favorite anda, saya guna beryls sebab paling sedap n murah)
  • Secubit nescafe


Bahan 3:
  • 100 gram tepung gandum
  • 40gram serbuk koko
  • 3gram garam(saya guna garam bukit, kurang masin sket)
(diayak dan digaul sebati dgn spatulai)

Bahan 4:
  •  90 gram dark chocolate button jenama beryls

p/s: kalau boleh pastikan guna periuk yang berat/ berkualiti sikit, nnti panas dia lebih sekata




Cara-cara:

Campurkan butter, gula biasa dan gula perang(bahan 1) bersama dan panaskan di atas api perlahan sampai butter cair, kena selalu kacau jangan sampai gula 'caramalize' tau.Bila sudah nampak mcam ada lapisan minyak, stop.

(Proses ini penting untuk buat kedut2 yang menggoda tu)

p/s: Maaf gambar atas dapur takde. Step ini je tau atas dapur, lepas tu semua masukkan ketika suam je.

Notes: Ini jumlah gula yang terpaling sikit saya boleh kurangkan, lagi kurang dari ini, untuk bekas 8x8, kedutnya akan hilang, sebab gula ni memainkan peranan penting dalam kedut tu, satu lagi coklat,=)


Tukar pada whisk, dan kacau seketika sehingga suam sedikit, dalam 1 minit, kemudian, masukkan 2 biji telur dan kacau sehingga telur sebati. Acuannya akan jadi sedikit likat, seperti dalam gambar di atas.


Bila angkat whisk tu, adunan tu macam lekat2,macam dalam gambar di atas.  Kacau sehingga telur dan gula+butter tadi sebati tau, adunannya masih suam ketika ni.


Kemudian, ketika masih suam (penting ya buat ketika ia masih suam supaya coklat cair). Masukkan coklat button 40 gram dan secubit nescafe (Bahan 2). Kacau sehingga coklat cair dan sebati. 


Adunan dia akan jadi likat seperti dalam gambar di atas. Coklat ni penting juga untuk dapatkan kedut yang licin dan berkilat. 


Tukar kepada spatula semula, masukkan tepung yang dah dicampur bersama tadi.(bahan 3). Ketika masuk tepung ni, akan naik bau coklat tu, sebab aduan masih suam2. Kacau secara kaup balik, sehingga licin.


Strukturnya akan jadi seperti di atas tapi masih berketul2 sedikit sebab gula tadi tak cair sepenuhnya pun.



Selepas siap masukkan tepung, tunggu sekejap dalam 5 minit, untuk kasi acuan tadi suam-suam kuku je, lepas tu baru masukkan dark coklat button 90 gram. Kacau secara kaup balik, sekali dua je tau.

Kita tunggu dia sejuk dulu supaya coklat tu tak cair, haa yang ni lah yang membuatkan ada coklat cair kt tengah2 dia tu, yang buat orang terliur tuh.

Lepas itu masukkan dalam bekas, kalau guna 7x7 dia tebal sikit, mana2 pun ok. Tapi jangan lupa tau letak baking paper/parchment paper seperti dalam gambar, supaya nanti senang nak keluarkan, kalu nak buat mkn2 aje, saya tak letak pun kat tepi tu, ini untuk jual, saya letak macam ini supaya senang nak bawa keluar.

Bolehlah letak apa2, kalau nak letak kacang, toastkan dulu tanpa minyak atas dapur kejap.


Bakar 160, 25min aje, jangan overbake nanti jadi biskut.Tentang oven ni, uols kena faham 'perangai' oven masing2, yg pasti kena suhu dia rendah ye!Biarkan sejuk dalam tray, lepas sejuk, baru keluarkan.
---------------------------------------------------------------------------------------------

REMINDER!

Kalau nak makan sehari selepas, untuk effect coklat cair tu, panaskan dalam microwave paling TOP 20 saat je. 

Kalau nak jual, sebelum customer datang pickup, panaskan dulu kejap, lepas tu pesan kat dorang, kot dorang nak mkn lambat. Sebab tu brownies ni best makan on the day baked.

Kalau tak panaskan pun sedap juga, macam ada coklat chunks kat dalam dia, tengah2 makan tu tiba2 tergigit coklat, hmm kan nikmat tu! he he.


Cantik kan brownies kak Afzan ni?

Jom buat! Nanti saya pun akan share buatan sendiri punya soon ;)




You Might Also Like

4 Pengomen

  1. salam..bakar api atas bawah ke macam mana?

    ReplyDelete
  2. salam..brp hrga kalau jual 8x8 mcm tu?

    ReplyDelete
  3. Halo, salam dari Indonesia. Saya ingin sekali coba resipi ini. Berbeda method dari yang biasa saya pernah coba. Tapi bagaimana rasanya? Apa sangat manis?

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::