7 PUNCA RASA LETIH ATAU PENAT SAMPAIKAN NAK BUAT APA SAHAJA PUN MALAS

6:39 PM


Hi selamat berhujung minggu!

Letih gila hari ni pergi cari langsir untuk rumah mak kat Nilai Square, penat kalau nak pergi Nilai 3 sebab nanti boleh konfius nak beli yang mana satu huhuh..

Anda rasa letih tak hari ni?

Rasa letih dan lesu tu perkara biasa je jika kita aktif dan sibuk dengan kerja harian mahupun di rumah. Banyak kerja nak dibuat kan sebagai surirumah, dengan nak melayan karenah anak anak yang sedang membesar, memasak, mengemas, dan sebagainya.

Begitu juga jika anda sedang bekerja. Nak drive ke tempat kerja dengan jem, kerja ofis yang melambak dan meeting sana sini . Bila nak balik ke rumah terpaksa hadapi jem sekali lagi, melayan karenah anak dan menjaga makan pakai suami.

Rasa Letih ni boleh disebabkan  beberapa faktor. Dan boleh dikategorikan letih fizikal dan letih emosi.

Letih fizikal ni kepenatan selepas selesai buat satu satu kerja. Bila dah settle, baru rasa pehhhh penatnya. Nak angkat kaki pun susah. Nak angkat badan untuk mandi pun rasa letih gila. MAnakala letih emosi ni bila kita rasa kita letih nak kejar deadline saat akhir atau pun ada tekanan yang menyebabkan kita rasa down sangat.

Cuma letih tu bole diredakan dengan rehat yang cukup kan?

Tapi..kalau anda letih terlalu lama dan takde sebab yang kukuh, itu mungkin petanda penyakit nak serang tu. Contohnya penyakit anemia, diabetes, tiroid,depresi atau sakit perut.

Selain daripada faktor tekanan dan pekerjaan, terdapat pelbagai lagi punca yang menyebabkan keletihan pada tubuh


www.bysyiraishak.blogspot.com


7 SEBAB KENAPA  KITA RASA PENAT ATAU LETIH SAMPAIKAN NAK KERJA PUN MALAS


Selain daripada keletihan yang mungkin berpunca daripada penyakit, berikut adalah sebab-sebab lain mengapa tubuh kita mudah merasa letih dan lesu :

  • Sensitiviti elektrik



Rasa letih dan lesu juga boleh disebabkan kerana kita dikelilingi dengan alat-alat elektrik. Ada kajian yg menyatakan bahawa sensitiviti elektrik menpengaruhi 35 peratus terhadap populasi dunia di mana ia memberi kesan pada sistem semula jadi badan. 

Contohnya adalah seperti meletakkan telefon bimbit kat sisi katil, penggunaanhair dryer melebihi 10 minit, meletakkan jam digital bersebelahan ketika tidur dan terlalu dekat dengan skrin komputer.

  • Makan tengah hari


Makan yang tidak menentu dan tidak teratur menyebabkan kita mudah marah dan keletihan. Amalan pemakanan yang tidak teratur mempengaruhi tindak balas imunisasi yang mengurangkan amaun tenaga dalam badan. Makan tengah hari sepatutnya tidak diambil terlalu berat kerana iboleh menyebabkan kita rasa mengantuk dan malas. Kan?

  • Kekurangan zat besi dan vitamin B12


Kekurangan Zat Besi dan Vitamin B seperti vitamin B12 boleh membawa kepada penyakit anemia. B12 pula berfungsi dalam sistem darah dengan membantu membawa oksigen ke serata badan. Zat besi pula penting dalam penghasilan darah merah. Tanda-tanda penghidap anemia ialah kulit kelihatan kekuningan, tetapi jika anda letih dan cepat emosional try ambil vitamin B12.

Credit : Google


  • Cara senaman


Senaman telah terbukti memberi manfaat terbaik kepada tubuh badan. TApi jika dilakukan pada waktu yang tidak betul dan cara yang salah, bukan je kita akan rasa letih, malah tenaga akan berkurangan dan kesannya paling dirasai pada keesokan harinya terutamanya pada hari Isnin.

  • Dehidrasi


Kajian menunjukkan walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, daya tumpuan dan mental boleh terganggu dan menjadi lembap. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan badan menjadi lemah dan letih. Sekiranya anda rasa letih atau tidak mampu berfikir dengan baik, cuba minum satu hingga dua gelas air. Mungkin kekurangan air dalam badan.....

  • Ubat-ubatan


Sebenarnya banyak ubat-ubat sintetik yang memberi kesan  negatif seperti rasa letih dan mengantuk. Antaranya ialah ubat bersifat anti-deprasi serta ubat migrain dan darah tinggi.

  • Tidur kurang berkualiti atau tidak lena


Bukan mudah untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Ramai yg gagal tidur dengan lena disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Tidur yang cukup bukan semata-mata untuk kecantikan, yang lebih penting ia mempengaruhi tahap kesihatan.


Anda nak tips untuk hilangkan penat dan letih dengan cara mudah?


www.bysyiraishak.blogspot.com


Semuanya terpulang pada anda kerana setiap fungsi biologi badan kita tak sama. Jika sesuatu makanan atau rehat menjadi terapi untuk hilangkan letih, just go on.

Have fun ok!


----------------------------------------------------------------

Sumber : 
iSihat Julai 2014
http://www.mayoclinic.org/symptoms/fatigue/basics/definition/sym-20050894
http://www.nhs.uk/livewell/tiredness-and-fatigue/Pages/tiredness-and-fatigue.aspx
http://www.medicinenet.com/fatigue/article.htm



                            ----------------------------------------------------------------
Pertanyaan & konsultasi, boleh whatsapp di :

www.bysyiraishak.blogspot.com
Pertanyaan & Konsultasi, boleh whatsapp : 

You Might Also Like

1 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::