GEJALA TEKANAN DARAH RENDAH ATAU HIPOTENSI,KORANG SEDAR TAK?

7:30 PM


Korang ada tekanan darah rendah atau selalu kita panggil low blood pressure? Dalam medical term pula ia digelar Hypotension.



Cuba check pada diri sendiri, pernah tak korang alami pening atau pitam apabila dah terlalu lama duduk atau saat mendongakkan kepala ?Ataupun pandangan mata tetiba kabur dan kelam tak semena mena?



Ihsan dari Pak Google


Selalunya kita akan anggap itu perkara biasa yang terjadi tanpa memikirkan perkara perkara negatif. 

Tapi, sedar tak bahawa gejala-gejala seperti tu dah menunjukkan korang mengalami tekanan darah rendah dan berkemungkinan juga menghidapi penyakit tertentu?



APA ITU TEKANAN DARAH RENDAH ATAU HIPOTENSI


Hypotension adalah istilah perubatan untuk tekanan darah rendah (kurang daripada 90/60).

Tekanan darah normal adalah sekitar 120/80 mm Hg (tekanan sistolik adalah 120 DAN tekanan diastolik kurang daripada 80). 



Nombor 120 menunjukkan tekanan ke atas arteri akibat denyutan jantung atau sistolik dimana ketika ini jantung sedang mengecut.

Nombor 80 pula menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman yang dipanggil diastolik. Ketika ni, jantung kita tengah mengembang.

Tapi, apabila salah satu bacaan menjadi rendah, itu bermaksud tekanan darah kita memang rendah.

Masalah mula timbul apabila tekanan darah kita tetiba menurun dan kemungkinan disebabkan anemia, kandungan gula yang rendah di dalam badan dan mungkin juga terdapat jangkitan kuman. Hal ini boleh menyebabkan kita pitam serta pengsan akibat kekurangan oksigen pada jantung serta otak.


Tanda-tanda Tekanan Darah Rendah
  • Pening atau pitam 
  • Pengsan 
  • Kurang tumpuan 
  • Penglihatan yang kabur 
  • Loya 


Ihsan dari Pak Google
  • Kulit pucat, sejuk dan dingin
  • Pernafasan jadi pendek
  • Keletihan 
  • Kemurungan 
  • Cepat dahaga

Ihsan dari Pak google


Punca Tekanan Darah Rendah

  • Mengandung - Hormon progestron merehatkan dinding salur darah dan menyebabkan tekanan darah menurun. Tekanan darah kembali normal selepas bersalin.

Ihsan dari Pak Google

  •  Masalah hormon -  Masalah tersebut termasuk komplikasi dengan hormon yang menghasilkan kelenjar dalam sistem endokrin badan; khususnya tiroid kurang aktif (hipotiroidisme), penyakit paratiroid, gula dalam darah rendah dan diabetes. 
  • Pengurangan isipadu dalam darah - Pengurangan isipadu darah juga boleh menyebabkan tekanan darah menurun. Kehilangan besar darah dari dehidrasi atau pendarahan dalaman yang teruk mengurangkan jumlah darah yang membawa kepada tekanan darah jatuh mendadak. 
  •  Sesetengah ubat-ubatan untuk penyakit tertentu seperti tekanan darah tinggi, kemurungan atau penyakit Parkinson 
  • Kegagalan jantung - Antara keadaan jantung yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah adalah masalah dengan injap jantung, serangan jantung dan kegagalan jantung. Jantung kita mungkin tidak dapat untuk mengedarkan darah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan badan .
  • Reaksi alahan - Kejutan anaphylactic adalah reaksi alahan yang kadang-kadang membawa maut dan boleh berlaku pada orang yang sangat sensitif kepada ubat-ubatan seperti penisilin, makanan tertentu seperti kacang tanah, atau lebah. Kesannya adalah masalah pernafasan, gatal-gatal, tekak bengkak dan  tekanan darah jatuh mendadak secara tiba-tiba.
  • Kekurangan nutrien dalam badan - Kekurangan vitamin penting seperti B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah 
·          
Walaupun kita mungkin ada tanda-tanda yang biasa seperti pening pening atau mata berpinar-pinar, itu mungkin biasa dialami oleh sesiapa sahaja. Sebab adakalanya memang darah kita akan turun contohnya semasa dehidrasi, terdedah lama di bawah pancaran matahari dan sebagainya.

Tetapi, jika petanda yang hadir tu seperti yang tertera di atas antaranya pitam ,pengsan dan lain-lain tanda, pesakit mestilah merujuk tahap kesihatan pada doktor sebab adakalanya kita tak tahu yang mungkin kita sedang mengalami penyakit penyakit tertentu.



Sumber : 
http://www.mayoclinic.org/
http://www.heart.org/     
http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/hyp/
http://www.med-health.net/Low-Blood-Pressure-Treatment.html




You Might Also Like

1 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::